Android 10 Q Beta 3 Kini Boleh Dimuat Turun Untuk 21 Smartphone

Download Android 10 Q Update

Selain pelancaran Google Pixel 3a dan 3a XL, Google turut mendedahkan maklumat terkini mengenai versi terbaru Android 10 Q Beta 3 yang kini boleh dimuat turun untuk di cuba pada 21 smartphone terpilih. Android Q Beta 1 mula diumumkan pada bulan March tahun ini dan diikuti Beta 2 pada April, Beta 3 pada bulan May dan seterusnya sehingga Android Q Beta 6. Versi akhir Android 10 Q dijangkan akan diperkenalkan pada suku ke-3 tahun ini.

Android 10 Q hadir dengan beberapa perkara menarik termasuk tema gelap, perakam skrin terbina, sokongan peranti boleh lipat, sistem smart reply dan banyak lagi.

Sekiranya anda pemilik salah satu peranti ini, anda boleh mencuba Android Q Beta 3 mulai hari ini. Untuk cara pemasangan ke peranti, anda boleh layari laman Android Developers.

  • Asus ZenFone 5z
  • Essential Phone
  • Huawei Mate 20 Pro
  • LG G8 ThinQ
  • Nokia 8.1
  • One Plus 6T
  • Oppo Reno
  • Realme 3 Pro
  • Sony Xperia XZ3
  • Tecno Spark 3 Pro
  • Vivo X27
  • Vivo Nex S
  • Vivo Nex A
  • Xiaomi Mi 9
  • Xiaomi Mi Mix 3 5G
  • Google Pixel 3
  • Google Pixel 3 XL
  • Google Pixel 2
  • Google Pixel 2 XL
  • Google Pixel
  • Google Pixel XL

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.