Android sudah lama menyokong fungsi dwi-aplikasi, di mana dua aplikasi boleh dibuka serentak dalam bentuk dwi-tetingkap. Walaupun ia sedia terbina dalam kod AOSP, pengeluar peranti kebiasaannya menggunakan versi tersendiri agar sesuai dengan pengalaman penggunaan sistem operasi masing-masing.

Multi-tugasan pada telefon pintar Android agak sukar jika dibandingkan dengan di tablet. Satu aplikasi perlu dibuka dan perlu ke senarai aplikasi terbuka untuk tekan menu tiga titik dan barulah pilih mod multi-tugasan. Selepas itu pengguna boleh tatal di senarai aplikasi terbuka atau pergi ke skrin utama untuk buka aplikasi kedua. Ia agak leceh. Disebabkan itu pengeluar hadir dengan iterasi tersendiri. Samsung ada fungsi ini terbina di Edge Screen, Microsoft Surface Duo dengan app group dan banyak lagi.

Dalam Android 12, Google hadir dengan fungsi yang dinamakan App Pair. Ia adalah fungsi membuka dua aplikasi serentak, tetapi bertindak sebagai satu aplikasi atau satu tugasan. Dua aplikasi ini akan di pin kan bersama-sama. Ia masih mempunyai pembahagi untuk mengubah saiz tetingkap masing-masing. Dengan cara ini juga, berkemungkinan besar penggunaan memori adalah lebih terhad – secara tidak langsung prestasi terjamin.

Buat masa ini, ia hanya satu imej pengolokan yang disampaikan oleh pihak 9to5Google. Tidak pasti sama ada adakah begini App Pair akan berfungsi atau ada cara lain. Melalui butiran kod, ini adalah visual paling dekat yang mudah faham apakah fungsi ini. Android 12 beta mungkin akan tiba sekitar Februari ini, sama-sama kita nantikan apakah pembaharuan yang akan ditawarkan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.