Android Q Beta Kini Sedia Diuji Pada Peranti OnePlus 7 & OnePlus 7 Pro

Google pada sebelum ini telah mengumumkan OnePlus 6T antara peranti yang terpilih untuk menjalankan Android Q Beta. Selain daripada model ini, Google turut menambah model baru OnePlus iaitu OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro untuk menerima pemasangan Android ini.

Melalui program beta ini, pengguna boleh menguji Android Q dan mencuba sejumlah fungsi baru yang ditawarkan. Antaranya kawalan gesture seumpama iOS, sokongan tema berwarna gelap, dan fungsi Live Caption. Para pembangun juga boleh menggunakan Android versi ini dalam menguji aplikasi yang dibangunkan oleh mereka.

OnePlus 7 Pro

Namun begitu, pemasangan Android Q Beta ini akan menyebabkan fungsi Ambient Display tidak berfungsi, selain tidak membolehkan anda memasuki Recovery Mode. Anda juga tidak boleh menikmati sokongan navigasi baru pada binaan beta ini, disamping tidak boleh menghantar SMS ketika VoLTE dihidupkan.

Jadi bagi anda yang ingin menguji Android Q Beta ini, anda boleh memuat-turun fail OTA untuk dipasang OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro. Kemudian, anda boleh menuju ke Settings > System > tekan butang menu > Local Upgrade > dan memilih fail OTA untuk memulakan proses pemasangan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.