TechSemut Malaysia

Angkat barang berat menyebabkan keguguran?

Angkat barang berat menyebabkan keguguran?

Angkat barang berat menyebabkan keguguran?
Mei 14
08:22 2017

Berita apabila anda sedar anda mengandung sudah pasti menggembirakan anda dan pasangan, terutamanya sekali buat mereka yang pertama kali bakal menyambut cahaya mata.

Pelbagai petua dan pesanan akan diberikan kepada bakal ibu, antaranya jangan angkat barang berat, tak payah pergi gym dah, tak boleh lasak/renyah sangat, jangan ganas2 bila bersama dengan suami dan sebagainya.

Majoriti masalah keguguran(miscarriage) sebenarnya berlaku pada minggu ke – 7 hingga minggu ke 12 kandungan(trimester pertama). Dimana kadang tu wanita tersebut sendiri tidak tahu dia mengandung. Jangka waktu ini adalah amat PENTING dan SENSITIF sebab pada ketika ini, proses organogenesis(organ2 penting badan mula ‘tercipta’) berbanding pada waktu lain(trimester ketiga lebih kepada perkembangan dan persediaan menjelang kelahiran/preparation for birth)

Majoriti kes2 keguguran pada waktu ini juga adalah disebabkan masalah kromosom(sumber genetik anda) yang boleh menyebabkan kegagalan dan masalah penghasilan organ2 penting seperti otak, jantung dan banyak lagi yang penting untuk kandungan berterusan. Kebantutan proses ini boleh menyebabkan keguguran sebab tanpa tunasnya(buds), masakan akar dan pokok itu sendiri boleh berkembang betul tak?

Proses ini juga memerlukan pelbagai bahan binaan asas yang penting pada kadar yang lebih tinggi daripada biasa. Atas sebab itulah anda disarankan mengambil sumber zat tambahan dalam bentuk pengambilan folic acid seeloknya sebulan SEBELUM anda mengandung. Kalau tak mampu buat sedemikian, memadai anda mula mengambilnya sejurus anda tahu anda mengandung.

Kajian telah menunjukkan insiden atau kadar keguguran pada waktu ini tidak secara langsung berhubung kait dengan aktiviti yang anda jalani(angkat benda berat contohnya). Penilaian pelbagai faktor lain juga seperti jenis pekerjaan, makanan, bila waktu bekerja(kerja shift), angkat barang ketika kerja, berapa lama berdiri dalam sehari dan beban fizikal dalam pekerjaan turut diambil kira pada masa yang sama.

Kajian-kajian ini telah menunjukkan tiada beza antara semua perkara2 tersebut sebagai faktor mengalami keguguran pada trimester pertama KECUALI faktor waktu bekerja(shift work) dimana mereka yang sering bekerja malam lebih tinggi peratusan(30%) berbanding yang lain. Sebab itu sesetengah sektor dan industri ada garis panduan melarang ibu2 mengandung untuk bekerja pada shift malam.

Faktor2 yang lain dan berbeza pula memainkan peranan sekiranya anda mengalami keguguran selepas waktu jangkamasa trimester pertama.

Rujukan:

Nurminen T. Shift work and reproductive health. Scand J Work Environ Health. 1998;24(Suppl 3):28–34.

Ahlborg G, Jr., Bonde JP, Hemminki K, Kristensen P, Lindbohm ML, Olsen J, et al. Communication Concerning the Risks of Occupational Exposures in Pregnancy. Int J Occup Environ Health. 1996;2:64–9.

Bonzini M, Palmer KT, Coggon D, Carugno M, Cromi A, Ferrario MM. Shift work and pregnancy outcomes: a systematic review with meta-analysis of currently available epidemiological studies. BJOG. 2011;118:1429–37

Wilcox AJ, Weinberg CR, O’Connor JF, Baird DD, Schlatterer JP, Canfield RE, et al. Incidence of early loss of pregnancy. N Eng J Med. 1988;319:189–94.

El-Metwalli AG, Badawy AM, El-Baghdadi LA, El-Wehady A. Occupational physical activity and pregnancy outcome. Eur J Obstet Gynecol Reprod Biol. 2001;100:41–5

Miscarriage and occupational activity: a systematic review and meta-analysis regarding shift work, working hours, lifting, standing, and physical workload Bonde JP, Jørgensen KT, Bonzini M, Palmer KT

sumber : rootofscience.com

Label

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com