Berita Menarik

Animasi Boboiboy Yang menghiburkan

Pembaca : 18
0 0

maxresdefaultFilem oleh monsta yang telah mengubah persepsi dan angapan rakyat malaysia terhadap filem animasi tempatan . Manakan tidak , Tiket bagi Filem ini di jual bagaikan pisang panas di pasaran . Semua pawagam telah habis di tempah awal malah sambutan persaing nya kongfu panda pun tidak mampu menandingi filem animasi tempatan ini.

Penulis sempat pergi menonton bersama anak-anak di pawagam terdekat . Memandangkan tiket bagaikan pisang panas yang laju di jual , kami terpaksa menempah tiket untuk tayangan jam 12 malam kerana kesemua tiket telah habis . Anak-anak walaupun waktu tidur mereka tetapi kerana gembiranya mereka bersemangat untuk ke pawagam . Dan ternyata tidak menghampakan  sepanjang tayangan gelak ketawa mereka memang mengembirakan hati penulis .

Dari sudut grafik , filem ini menunjukan pengunaan grafik yang lebih baik dan teliti berbanding rancangan siri mereka. Malah filem ini juga mempunyai identiti tersendiri apabila mempamirkan gaya hidup masyarakat berbilang bangsa di malaysia dan menunjukan budi perkerti yang baik yang boleh menjadi tauladan kepada anak-anak , Selain mempunyai jalan cerita yang menarik dan padat . Malah dari permerhatian penulis pada komen-komen di media sosial rata-rata yang telah menonton filem ini memberi riaksi yang baik dan berpuas hati dengan hasil kerja dalam filem ini .

Ini adalah satu filem animasi yang tak keterlaluan jika penulis ingin katakan adalah filem wajib bagi semua kanak-kanak di malaysia .Inilah super hero mereka ..

 

Berikut adalah apa yang yelah di komen dari laman FB monsta

BoBoiBoy sudah 5 tahun bersama kita! Tayangan pertama BoBoiBoy ialah di TV3 pada 13 Mac 2011! Sempena itu kami di MONSTA nak share 5 perkara tentang BoBoiBoy!

1) Superhero kita!
BoBoiBoy direka untuk menjadi ikon superhero untuk anak-anak generasi sekarang. Jika dulu kami membesar dengan superhero-superhero dari barat dan jepun, kini anak-anak zaman sekarang bakal membesar dengan hero mereka sendiri. Bagi kami ini adalah sangat penting untuk pembinaan jati diri kanak-kanak. Walaupun semua superhero ada watak fictional tetapi ianya memberikan kesan psychology sewaktu membesar terutama terhadap keyakinan diri.

2) Dari kanak-kanak ke remaja dan dewasa.
Asalnya siri animasi BoBoiBoy adalah untuk kanak-kanak tetapi data menunjukkan bahawa 60% dari kalangan yang menonton adalah golongan remaja dan dewasa. Kami terkejut dengan data ini dan disebabkan inilah watak-watak seperti Papa Zola dan Bago Go dihasilkan supaya BoBoiBoy menjadi lebih ‘relatable’ kepada penonton remaja dan dewasa. Kini kami mula mengubah dan mengolah jalan cerita BoBoiBoy supaya lebih sesuai ditonton oleh seisi keluarga.

3) Masa berhibur berkualiti untuk seisi keluarga.
Kami sangat terharu melihat ramai yang datang menonton BoBoiBoy The Movie dengan keluarga. Walaupun kami menjangka situasi ini tetapi kami langsung tidak menjangka ramai sebegini – satu panggung penuh dengan keluarga. Ini secara langsung mewujudkan masa berhibur yang berkualiti diantara ahli keluarga. Malah selepas menonton, kami dapat lihat dimana ibu bapa dan anak-anak berbincang tentang BoBoiBoy The Movie.

4) Dari siri animasi, ke layar perak dan bakal ke taman tema!
Jika dulu kita hanya dapat menonton BoBoiBoy di kaca TV, kini kita boleh beramai-ramai menonton BoBoiBoy di pawagam dan tidak lama lagi BoBoiBoy akan muncul di taman tema MAPS Perak. Ini akan melengkapkan ‘experience’ penonton dan peminat dimana mereka akan dapat berinteraksi bersama BoBoiBoy (BoBoiBoy 4D Adventure), dapat berlakon bersama BoBoiBoy (BoBoiBoy Hero Academy) dan merasai sendiri lepak di Tok Aba Kokotiam!

5) BoBoiBoy & Beyond!
Kami di MONSTA sangat gembira dengan penerimaan BoBoiBoy selama 5 tahun ini. BoBoiBoy akan diteruskan dengan penjenamaan siri BoBoiBoy ke BoBoiBoy Galaxy. Jika dulu BoBoiBoy hanya menunggu masalah alien datang nak serang Bumi, kini BoBoiBoy akan sendiri mencari masalah dengan pergi ke serata galaxy bagi mencari lebih banyak Sfera Kuasa. nsyaAllah juga kami akan laksanakan BoBoiBoy The Movie 2 dan 3… tetapi sebelum itu mungkin kami akan hasilkan animasi movie Meka Mato.

Terima kasih pada semua peminat dan penonton BoBoiBoy. Terima kasih juga kepada penyokong dan rakan kerjasama MONSTA. Tanpa korang semua, BoBoiBoy tidak jadi seperti yang sekarang! Terbaik!

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.