Anjing Robot Aibo Oleh Sony Kini Boleh Diprogram Melalui Aibo Developer Program

Sony memperkenalkan anjing robot mereka yang dinamakan Aibo beberapa tahun lalu sebagai sebuah konsep haiwan peliharaan robotik sekitar 20 tahun yang lalu.

Baru-baru ini, Sony telah memperkenalkan Aibo Developer Program, sebuah program yang membenarkan pengguna untuk mengaturcara perisian dan tugas-tugasan yang boleh dilakukan oleh anjing robot tersebut.

Menurut laman web tersebut,  kerumitan pengaturcaraan API robot ini akan lebih rumit, bergantung kepada apa yang anda inginkan anjing robot ini lakukan.

Bagi mereka yang masih berjinak-jinak didalam bidang ini, ataupun jika anda hanya inginkannya melakukan tugas-tugas yang mudah, Sony turut memperkenalkan Aibo Visual Programming untuk pengaturcaraan seret dan lepas (drag and drop) yang lebih mudah difahami.

Menurut Sony lagi, pengguna hanya boleh mengaturcara tugas-tugas melalui program pembangun ini, dan bukan “emosi” dan “mood” yang sudahpun diprogramkan kedalam Aibo.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.