Sony mungkin tidak mendedahkan konsol permainan terbarunya pada E3 tahun ini, tetapi ini tidak bermakna terdapat kekurangan kepada permainan-permainannya yang akan muncul tidak lama lagi.

Sony dan E3 boleh dikatakan tidak boleh dipisahkan, sama ada pengumuman eksklusif PlayStation yang menarik seperti Days Gone atau pengumuman perkakasan baru seperti PlayStation VR, E3 2017 tidak jauh bezanya dengan tahun-tahun yang kemudian. Sony pada 12 Jun 2017 telah mempamerkan sebilangan besar treler permainan, tetapi tidak ada menyatakan tentang konsol yang Sony sedang bangunkan.

Mari kita lihat apakah Sony telah hidangkan pada E3 2017 ini.

Uncharted: The Lost Legacy

Uncharted: The Lost Legacy mempunyai treler cerita terbaru, memberikan kita tinjauan pengembaraan Chloe Frazer dan Nadine Ross. Mereka ditugaskan untuk mencari gading Ganesh, sejenis harta purba.

Days Gone

Salah satu permainan yang paling dinanti-nantikan yang khas untuk Playstation 4, Days Gone akhirnya menunjukkan treler permainan baru melalui demo yang menakjubkan.

Horizon Zero Dawn: The Frozen Wilds

Horizon Zero Dawn adalah salah satu permainan PS4 terbaik setakat ini, tetapi ia jalan ceritanya seperti tergantung. Mungkin DLC The Frozen Wilds ini akan membantu menjawab beberapa soalan mengenai nasib Aloy akhirnya.

Shadow Of The Colossus

Pengumuman yang paling mengejutkan dan menarik pada sesi sidang media Sony ialah permainan yang dibangunkan semula Shadow of the Colossus. Berbanding dengan versi sebelumnya projek PS3 Remaster pada  versi asal pada Plasytation 2, video permainan tersebut menunjukkan peningkatan dari segi grafik yang sangat menakjubkan.

God Of War

Permainan God of War diumumkan pada E3 lalu yang beralih dari mitologi Greek kepada mitologi Norse dan memperkenalkan anak Kratos Atreus. Treler baharu lebih mempamerkan cara permainan hack dan slash yang sememangnya sinonim dengan permainan ini, lengkap dengan gerakan penamat yang ngeri.

Monster Hunter

Selepas sekian lama permainan ini berada pada konsol dan handheld Nintendo, Capcom akhirnya secara rasmi diperkenalkan Monster Hunter World – satu siri baru yang direka dengan grafik yang cantik yang akan berada pada konsol selain dari Nintendo

Spider-Man

Permainan dari Insomniac Games Spider-Man kelihatan menakjubkan. Pada sidang media Sony kita dapat melihat Spidey bergayut antara bangunan, berlawan dengan penjenayah, dan berbagai aksi lagi.

Destiny 2

Destiny 2 akantiba dua hari lebih awal daripada tarikh 8 September tarikh keluaran yang diumumkan sebelum ini. Versi PS4 juga akan menerima “Lake of Shadows” strike gear, Kapal “City Apex”, senjata eksotik baharu “Borealis” dan peta PvP “Retribution”.

Ini adalah beberapa permainan yang akan muncul pada konsol Sony PS 4 dan mungkin juga pada platform yang lain. Dilihat wallaupun Sony tidak mengumumkan konsol yang akan menggantikan PS 4, tetapi pada E3 kali ini dengan pelancaran permainan-permainan yang baharu ini sidang media Sony kelihatan sangat menarik.

Jadi apakah permainan yang anda sedang nanti-nantikan?

sumber : http://techoais.com/

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.