Menerusi Chromecast with Google TV, antaramuka sistem operasi Android TV diberikan nafas baru. Ia lebih mirip antaramuka Netflix dengan saranan kandungan yang boleh ditonton, imej prebiu lebih besar dan tiada lagi menu besar pada bahagian sisi. Hari ini Google mula memberikan kemas kini untuk Android TV mengubah antaramukanya untuk kelihatan seperti Google TV.

Dengan kemas kini ini, antaramuka Android TV diselarikan pada kesemua peranti yang menggunakannya. Pada waktu ini kemas kini telah diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat, Australia, Jerman, Kanada dan Perancis. Pengguna di negara lain akan menerimanya dalam bulan-bulan mendatang.

Dari pengalaman peribadi menggunakan Google TV, ia adalah jauh lebih lancar, pantas dan mudah digunakan. Ia penyebab utama kami merasakan Chromecast with Google TV adalah antara peranti terbaik sepanjang tahun 2020.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.