Antaramuka iOS 13 Dengan Tema Gelap Tertiris

Sistem operasi iOS 13 akan dilancarkan di acara WWDC pads 3 Jun hadapan. Ia dijangka akan akhirnya membawakan tema gelap keseluruhan pada sistem operasi. Rekaan antaramuka baharu iOS 13 ini telahpun tertiris menerusi laman 9to5Mac. Apabila mengakses aplikasi Apple Music, dapat dilihat latar belakang berwarna hitam sepenuhnya menggantikan latar belakang  putih yang digunakan sekarang.

Perubahan juga dilakukan pada beberapa alat untuk lakaran apabila paparan skrin ditangkap. Alat yang dahulunya dipaparkan dalam bentuk lukisan 2D, kini berubah kepada gambar 3D lengkap dengan saiz mata pena pen dan pensil. Apabila bahagian pemilihan warna ditekan, ia masih mengekalkan kesemua alat lukisan pada sebelah kiri skrin.

Seperti sejak dua tahun yang lalu, antaramuka iOS tidak mengalami perubahan yang mendadak dengan pengenalan versi utama baharu. Sebaliknya fungsi sedia ada ditambah baik dan antaramuka diberikan nafa baru yang lebih mesra pengguna.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*