Antaramuka PS5 Dipertonton Oleh Sony Di Acara State Of Play

Sony mengejutkan ramai pihak dengan secara tiba-tiba menunjukkan antaramuka PS5 melalui acara striman State Of Play mereka semalam. Video 11 minit tersebut menunjukkan antaramuka dari permulaan konsol sehingga semasa sesi permainan.

Beberapa perubahan dibuat khususnya untuk memanfaatkan kelajuan SSD khas baharu PS5. Antaranya adalah sistem “kad” dimana pemain boleh lihat beberapa maklumat dan aktiviti yang membolehkan pemain pergi ke sesetengah tempat melalui apa yang disyorkan dari kad tersebut.

Pemain juga boleh mendapat tips dan petunjuk untuk sesetengah permainan didalam bentuk gambar mahupun video. Video tersebut juga boleh dilekatkan semasa sesi permainan. Namun fungsi ini hanya dibuka untuk pelanggan PS Plus sahaja.

Sistem notifikasi juga ditambah baik dimana pemain boleh berinteraksi tanpa meninggalkan sesi permainan, seperti menyertai Party. Menonton rakan bermain secara langsung melalui Share Screens boleh dipertonton melalui fungsi picture-in-picture, serupa seperti video tips diatas.

Kad juga mengumumkan kepada pemain jikalau ada rakan sedang bermain, dan dengan satu butang anda boleh menyertai untuk bermain bersama.

Semasa sesi permainan, pemain boleh membuka dan skrin sesi permainan masih lagi kelihatan di latar belakang.

Halaman skrin utama PlayStation nampaknya masih lagi serupa dengan PS4, namun masih efektif melalui alat kawalan dan skrin 4K.

Aplikasi PlayStation Store kini di integrasi bersama konsol (bukan aplikasi berbeza seperti PS4), maka pemuatan aplikasi tersebut akan lebih pantas seperti sebelumnya.

Anda boleh lihat video penuh antaramuka tersebut dibawah:

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*