Anthony Loke – Kerajaan Tidak Akan Mendengar Desakan Mengharamkan Grab

Bukan rahsia bahawa pengusaha dan pemandu teksi sedang mendesak kerajaan supaya mengharamkan perkhidmatan perkongsian kereta seperti Grab. Ini adalah kerana menurut kewujudan perkhidmatan ini membunuh sumber pencarian mereka. Beberapa demo telah diadakan bagi mendesak kerajaan untuk mendengar keluhan mereka.

GrabCarMenteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini dipetik berkata pihak kerajaan tidak akan mendengar desakan untuk mengharamkan Grab. Menurut beliau ini adalah kerana kerajaan tidak boleh hanya mendengar mendekat satu pihak dan tidak mengendahkan pandangan pengguna yang secara majoriti menyokong perkhidmatan perkongsian kereta.

Tambah beliau lagi kerajaan akan berusaha untuk menggalakkan pemandu teksi supaya turut menggunakan perkhidmatan perkongsian kereta bagi mendapatkan penumpang kerana fungsi ini disokong di dalam aplikasi sekarang.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.