TechSemut Malaysia

Apa yang berlaku di Apple WWDC2018 ketika anda sedang tidur

Apa yang berlaku di Apple WWDC2018 ketika anda sedang tidur

Jun 05
15:50 2018
Share Button

Apple Worldwide Developers Conference atau WWDC 2018 bermula dengan ucaptama CEO Apple, Tim Cook yang memaklumkan lebih 20 juta pembangun aplikasi direkodkan hingga kini.

WWDC 2018 adalah persidangan utama pembangun di mana tujuan utamanya lebih kepada pengumuman berkaitan perisian berbanding perkakasan.

Tim berkata, bulan depan App Store bakal menjangkau 10 tahun usianya. Rekod dicatatkan hingga kini, 500 juta lawatan ke App Store setiap minggu dengan lebih USD100 bilion dibayar kepada pembangun setakat ini.

Swift adalah platform terbaik untuk pengekodan bagi pembangunan aplikasi. Ia adalah cara terbaik untuk berfikir secara kreatif dan mudah digunakan

Apple merubah dunia dan pelanggan.

Jom lihat isi penting pengumuman Apple WWDC2018 yang disaksikan sendiri TheSkop.com.

– iOS 12 adalah prestasi dua kali ganda yang dipertingkatkan.
– Aplikasi secara natif untuk iOS, Measure bertindak secara AR. Ukuran objek dari hujung ke hujung dengan merakam gambar saja.
– Photo dalam iOS yang pantas dengan indeks lebih 4 juta acara seperti konsert, percutian dan sebagainya.
– Ada tab baru dinamakan For You.
– Cara kongsi foto baru dengan Sharing Suggestions. Foto akan dicadangkan ke rakan anda yg berada dalam foto (seperti percutian dan makan di restoran) dan dihantar ke iCloud.
– Kita boleh cipta ShortCut sendiri.
– Rekaan baru dalam News dan Stock. Begitu juga News dimasukkan dalam Stock. Dalam iPad, stock akan berada di kiri manakala Top Stories di kanan.
– iBooks kini ditukar ke Apple Books termasuk Audio Books.
– Sokong aplikasi pihak ketiga termasuk Waze dan Google Maps.
– Do not disturb – tiada notifikasi terpapar di skrin yang mengganggu tidur. Apabila bangun pada waktu pagi akan terpapar Good Morning dulu sebelum notifikasi keluar.


– Do not disturb boleh ditetapkan masanya.
– Grouped Notifications- ditetapkan dalam secara berkumpulan
– Penggunaan iPhone boleh memantau aktiviti iPhone dengan paparan seminggu melalui Activity Report
– Animoji – Tongue Detection
– Empat karektor baru – koala, harimau, dinasor dan hantu.

– Memoji – cipta emoji wajah sendiri. Boleh letak dalam gambar selfie

– FaceTime – Group Facetime (maksimum 32 orang). Boleh letak emoji dan memoji.
– Permainan AR lebih menarik dengan visual yang lebih cantik dan kelihatan sebenar.
– Apple Watch dengan watchOS 5 boleh jadi Walkie-talkie


– Tidak perlu lagi Hey Siri untuk bertanya soalan ketika mengangkat jam. Terus saja pada soalan.
– Boleh tengok kandungan web di WatchOS 5
– Podcasts kini boleh dimasukkan ke Apple Watch
– AppleTV kini ada Dolby Atmos
– MacOS Mojave
– Dark mode pada Mojave dengan mod gelap pada bar menu, sidebar dan window anda. Antaramuka dengan latar belakang berwarna gelap-kelabu
– Finder – ada Gallery View di samping grid dan sebagainya.
– Screenshot – rakam screenshot video dengan pilihan selepas drag
– Home, Voice Memos, News & Stock kini boleh diakses di MAC

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com