TechSemut Malaysia

Apakah Kraniotomi

Apakah Kraniotomi

Apakah Kraniotomi
September 02
22:11 2017

Kraniotomi adalah prosedur pembedahan pada kranium atau bahagian tengkorak yang melindungi otak.

Tengkorak memiliki lebih dari 20 jenis tulang. 8 di antaranya merupakan sebahagian dari kranium. Pada usia kanak-kanak masih kecil(bawah umur 2 tahun), tulang tersebut masih belum bersatu(fused), supaya ianya dapat memberi ruang bagi otak untuk membesar(saiz) dan berkembang(fungsi). Apabila semakin meningkat dewas, tulang tersebut akan saling bersatu sehingga hanya ada ruang-ruang yang kecil untuk saluran darah dan rangkaian saraf berhubung.

Pada kraniotomi, bahagian tengkorak yang dinamakan flap tulang (bone flap) akan dibuka atau diangkat untuk mendedahkan otak, melakukan rawatan atau mengurangi tekanan terhadap otak(intracranial pressure/ICP). Apabila sesudah proses tersebut, tulang tersebut boleh digantikan dengan plat logam atau bahan yang lain. Jika flap tulang tersebut dialihkan secara kekal, maka prosedur ini dipanggil sebagai kraniektomi pula.

Kraniotomi dapat dikategorikan berdasarkan teknik bedah yang dilakukan dan bahagian otak yang dibedah. Berdasarkan bahagian otak, kraniotomi boleh dibezakan berdasarkan lokasi(parietal, suboccipital, frontotemporal, dan temporal. Namun begitu terdapat juga pelbagai kes dan situasi di mana pembedahan dilakukan dan melibatkan lebih dari satu bahagian otak(multiple regions of brain).
Manakala untuk teknik pula, kraniotomi dapat menggunakan teknik burr hole(menembusi tengkorak dengan menebuk) atau skull base, untuk pembedahan yang kompleks atau berisiko tinggi.

Kraniotomi dilakukan untuk beberapa sebab:

1) Trauma/Traumatic Brain Injury(TBI)

Sebab paling common dan setiap hari dilakukan. Selalunya disebabkan trauma yang terhasil daripasa kecederaan daripada kemalangan jalanraya melibatkan kenderaan(motor vehicle accident/MVA). Ianya berlaku kerana terdapat pengumpulan darah beku, pendarahan yang tidak dapat dikawal, tekanan dalam otak yang tidak terkawal(increased ICP) akibat otak membengkak selepas trauma dan pendarahan daripada aneurysm(darah dalam kantung bocor). Ini juga adalah sebab mengapa ianya PENTING untuk dilakukan SECEPAT MUNGKIN kerana boleh menyebabkan kematian dengan pantas

2) Menghentikan pendarahan dalam otak

Pendarahan dalam boleh berlaku diantara lapisan kranium dan otak, daripada luar hingga ke dalam otak dan dalam otak sendiri. Ianya boleh berlaku secara pantas atau perlahan lahan. Ini memerlukan siasatan radiografi seperti CT SCAN dan MRI untuk mengenal pasti dengan tepat. Pengumpulan darah ini turut boleh menyebabkan tekanan terhadap otak semakin tinggi(increased ICP)

3) Biopsi/pembedahan untuk ketumbuhan

Kita boleh menyiasat jenis ketumbuhan dengan mengambil sample biopsi dan turut membuang ketumbuhan yang ada melalui prosedur ini.

4) Aspiration

Pengambilan cecair(cerebrospinal fluid) sekiranya ianya memerlukan sample daripada bahagian specifik dalam otak(choroid plexus contohnya)

5) Memasang implan/alatan

Ianya turut dilakukan bersama untuk sesetengah prosedur lain seperti pemasangan implan dalam otak atau stimulasi otak dengan menggunakan eletrik(deep brain stimulation).

Atas sebab2 yang disebutkan, amatlah penting rawatan dan siasatan dilakukan dengan CEPAT dan tepat. Tindakan melewatkan rawatan selalunya membawa kepada prognosis and outcome(kesudahan) yang memudaratkan. Terutamanya yang melibatkan TBI.

Ahli perubatan yang bertauliah yang berada dalam unit Neurosurgeri hospital diserata Malaysia memang dilatih dan kompeten dalam menjalankan tugas mereka tanpa mengira bangsa, agama mahupun kewarganegaraan. Sebabnya mereka yang lebih memerlukan bantuan perubatan, diberikan keutamaan. Isu wang ringgit sudah pasti tidak menjadi persoalan utama. Apetah lagi untuk menjadi penghalang dalam menyelamatkan nyawa.

Rujukan:

Fontes RB, Smith AP, Munoz LF, Byrne RW, Traynelis VC. Relevance of early head CT scans following neurosurgical procedures: an analysis of 892 intracranial procedures at Rush University Medical Center. Journal of neurosurgery. 2014;121(2):307–12. pmid:24878289.

Seifman MA, Lewis PM, Rosenfeld JV, Hwang PY. Postoperative intracranial haemorrhage: a review. Neurosurgical review. 2011;34(4):393–407. Epub 2011/01/20. pmid:21246389.

Lassen B, Helseth E, Ronning P, Scheie D, Johannesen TB, Maehlen J, et al. Surgical mortality at 30 days and complications leading to recraniotomy in 2630 consecutive craniotomies for intracranial tumors. Neurosurgery. 2011;68(5):1259–68; discussion 68–9. Epub 2011/01/29. pmid:21273920.

Taylor WA, Thomas NW, Wellings JA, Bell BA. Timing of postoperative intracranial hematoma development and implications for the best use of neurosurgical intensive care. Journal of neurosurgery. 1995;82(1):48–50. Epub 1995/01/01. pmid:7815133.

Garrett MC, Bilgin-Freiert A, Bartels C, Everson R, Afsarmanesh N, Pouratian N. An evidence-based approach to the efficient use of computed tomography imaging in the neurosurgical patient. Neurosurgery. 2013;73(2):209–15; discussion 15–6. pmid:23632759.

Verbalis JG . Brain volume regulation in response to changes in osmolality . Neuroscience 2010 ; 168 : 862 – 70

Brain Trauma Foundation , American Association of Neurological Surgeons , Congress of Neurological Surgeons . Guidelines for the management of severe traumatic brain injury . J Neurotrauma 2007 ; 24 (Suppl 1) : S1 – 106

sumber : rootofscience.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com