TechSemut Malaysia

Apakah Ledakan Pantas Radio (Fast Radio Burst, FRB) membuktikan kewujudan alien?

Apakah Ledakan Pantas Radio (Fast Radio Burst, FRB) membuktikan kewujudan alien?

Apakah Ledakan Pantas Radio (Fast Radio Burst, FRB) membuktikan kewujudan alien?
Januari 27
01:30 2017

snapshotofco

Ledakan Pantas Radio, FRB adalah sejenis gelombang radio bertenaga tinggi yang berasal daripada angkasa lepas. Ia akan muncul dalam beberapa mili saat sahaja dan berasal dari luar kawasan galaksi bima sakti. Sinarannya malah lebih tinggi daripada pancaran matahari selama sebulan!

Persoalannya apakah punca bagi FRB? Tiada siapa yang tahu dari mana mereka berasal. Sebahagian saintis mendakwa ia daripada makhluk asing dari angkasa lepas. Sebahagian mendakwa ia berasal daripada bintang neutron yang meletus di angkasa. Namun, jika benar FRB berasal dari bintang neutron, mereka tidak pernah pula memerhatikan bintang neutron memancarkan isyarat aneh seperti FRB? Sebahagian yang lain mendakwa ia berpunca daripada lohong hitam, dan banyak lagi tekaan-tekaan yang dibuat oleh saintis berkenaan punca FRB ini datang.

Saintis menamakan FRB berasaskan tarikh ianya direkodkan iaitu dalam susunan YYMMDD (Year – Month – day), sebagai contoh jika tarikh FRB direkodkan ialah 13 Januari 2016, maka FRB nya dinamakan sebagai FRB 160113. FRB pertama sekali dikesan oleh David Narkevic pada tahun 2001, iaitu seorang pelajar sarjana muda di Universiti West Virginia di Amerika Syarikat.

Untuk mengesan FRB, kebanyakan satelit akan menghala kepada kumpulan buruj (constellation) Auriga, dimana kebanyakan punca FRB berasal daripada sana. Dari sanalah saintis mengesan sebanyak 11 isyarat FRB semenjak tahun 2012 menggunakan teleskop Arecibo yang berpangkalan di Puerto Rico. Baru-baru ini iaitu pada bulan Januari 2016, saintis telah mengesan isyarat FRB secara berturut-turut. Ini merupakan kali pertama berlaku dalam sejarah. Sebelum ini isyarat tersebut hanya di terima sekali sahaja dalam satu-satu masa. Saintis membuat hipotesis, isyarat tersbut mungkin merupakan signal yang dihantar oleh makhluk asing dari angkasa lepas. Walahualam

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

sumber : http://www.sciencenazi.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com