Apakah Nasib Graduan IT dan Sains Komputer

o-COMPUTER-STUDENT-PROBLEM-facebook1

Teknologi maklumat dan komputer kini menjadi salah satu perkara wajib bagi setiap yang hidup pada era ini. Perkembangan teknologi maklumat dan internet telah memudahkan lagi perkongsian maklumat dan pengetahuan kepada satu tahap yang lebih mudah dan pantas . Namun begitu , sebagai seorang geraduan yang telah menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan segulung diploma , ijazah dan peringkat lebih tinggi ke manakah arah anda ? Jika di lihat pada setuasi semasa , ramai juga yang menceburi dalam bidang ICT ini sebenarnya berlatar belakangkan dalam bidang lain dan bukan “genuine”  pelajar dan geraduan IT dan Komputer sains .

Kehadiran Sijil-sijil “profesional” segera juga  menyebabkan graduan ICT sebenar di dalam kebingungan, mana taknya dengan hanya tak sampai 6 bulan seseorang itu boleh mendapat GELARAN “pakar” dalam sesuatu bahagian IT sedangkan geraduan IT dan sains komputer yang berhempas pulas selama 3 hingga 6 tahun pengajian masih di angap budak hingusan dalam bidang ICT .

Amat malang rasanya menjadi geraduan IT ini bilamana Sijil yang mereka miliki kini umpama tiada harga , Yang mengiktiraf hanyalah pihak kerajaan bagi syarat mengambil kakitangan . Namun di pihak swasta , Ianya di lihat tidak begitu penting  .

Ada beberapa perkara di sini yang ingin penulis berkongsi menerusi pengalaman penulis yang telah berkhidmat dalam bidang ini melebihi 10 tahun.  mungkin dapat membuka mata bukan sahaja pihak tertentu malah kepada geraduan IT dan sains komputer itu sendiri .

phdHat4

1. Minat

Terdapat sebilangan graduan dan pelajar dalam bidang IT dan ICT ini mengikuti pengajian bukanlah kerana minat atau cita-cita mereka tetapi lebih kepada ikutan , tiada pilihan  atau pilihan utama mereka gagal. Ramai juga sahabat-sahabat yang saya kenali semasa belajar mahupun setelah bekerja mengatakan mereka mengikuti pengajian itu hanya sebab “dipilih” dalam senarai di bawah pemilihan mereka dan bukan pilihan utama mereka. Setelah menamatkan pengajian , mereka mula mencari kerja asalkan dapat kerja dan bukanya menjurus kepada kelulusan dan bidang yang mereka perolehi .

 

 

 

2. Pengalaman

Jika anda melihat iklan-iklan carian pekerja  , rata-rata syarikat memerlukan pekerja yang berpengalaman dalam aplikasi-aplikasi khusus dan skop-skop tertentu . Ini memeningkan rata-rata geraduan baru yang ingin mula berkhidmat dalam bidang ini . Malah ada syarikat langsung tidak melihat kelulusan sebaliknya melihat pengalaman yang mereka ada , Seorang graduan meskom (yang mempunyai pengalaman kerja dalam IT) yang berpengalaman lebih mendapat tempat dalam syarikat swasta berbanding lepasan IT sendiri . Memandangkan pengamal-pengamal ICT dan sains komputer tidak memerlukan “kelulusan” khas dari sesuatu badan kawalan sepertimana contoh seperti jurutera dan doktor . Maka sesiapa sahaja boleh mendapingi bidang ini dan menjalankan aktiviti serta kerja berkaitan bidang ini . Jadi , peluang untuk geraduan baru mendapat kan tempat di arus pekerjaan adalah amat mencabar dan sukar .

3. Saingan

Saingan kepada graduan lepasan IT dan sains komputer kini lebih sengit mereka bukan sahaja perlu bersaing dengan pelajar jurusan yang sama malah terpaksa bersaing dengan pelajar dan individu yang bukan dari bidang IT dan sains komputer tetapi mempunyai minat dan pengalaman dalam bidang ini . Atas sebab ini la ada di antara geraduan IT dan Saisn komputer telah beralih pada bidang lain malah ada yang hanya menjawat jawatan sebagai kerani di sektor awam dan swasta kerana kesukaran mendapat tempat dalam bidang ini .

4. Perubahan Teknologi

Perubahan yang pesat dalam dunia IT dan Sains komputer juga memain peranan dan punca mengapa ada  geraduan IT dan sains komputer tercicir dalam arus pekerjaan bidang yang mereka ambil . IPTA kebanyakanya masih lambat menambah baik  subjek-subjek mereka mengikut keperluan semasa industri atas faktor-faktro yang saya tak tahu nak nyatakan di sini , namun itu sahaja tidak cukup kerana useha geraduan dan pelajar lepasan IT dan teknologi maklumat ini meneroka sendiri adalah lebih utama bagi memastikan mereka mampu bersaing dan mendapat tempat dalam industri ini . Malah teknologi juga menyebabkan keperluan mengambil pakar yang memahami asas dan teknik pengaturcaraan semakin berkurangan ini kerana syarikat-syarikat antarabangsa dan besar telah membangunkan aplikasi pembangunan sistem tanpa perlu anda menguasai teknik pengaturcaraan dan pembangunan sistem . Ini membuatkan keperluan terhadap mereka yang mengetahui asas dan teknik sebenar pengaturcaraan kurang diperlukan .

5. Peluang

Kebanyakan geraduan IT dan sains komputer kini telah kurang mendapat tempat dalam arena pekerjaan , natijahnya mereka tidak mampu membentuk pengalaman yang membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang sepatutnya . Peluang ini perlu diterokai oleh mereka sendiri jika benar-benar mahu bergiat dalam dunia IT dan Sains komputer.

6. Majikan

Kebanyakan majika-majikan lebih gemar mengambil pekerja yang berpengalaman . Bagi geraduan baru dan tiada pengalaman amat sukar mereka mendapat tempat . Ada antara mereka mengambil keputusan menceburi bidang lain untuk mereka mendapatkan pekerjaan .  Ini akan merugikan mereka sendiri kerana apabila mereka telah berhijrah ke bidang lain maka peluang untuk terus dalam bidang ini akan di ambil oleh orang lain dan merugikan masa dan wang mereka belajar .

7. Usahwan IT

Kebanyakan graduan yang saya kenali , lebih gemar menjadi “Pekerja” makan gaji . Mungkin atas faktor kekangan dari segi modal dan peluang yang adil dari syarikat besar mahupun kerajaan kepada syarikat kecil yang tiada pengalaman amat membantutkan useha mereka. Malah pengambilan syarikat luar juga menjadi faktor kurangnya berkembang usahwan IT dan Sains komputer di malaysia . Sebagai contoh syarikat A mendapat Projek IT dari kerajaan/swasta , syarikat A tiada pengalaman dalam IT  mereka mengambil langkah mudah dengan mengswastakan projek mereka itu pada syarikat luar negara yang berpengkalan di singapura mahupun malaysia atau mengajikan programer dari india  . dengan ini selain peluang untuk usahwan IT sebenar tertutup , Peluang pekerjaan kepada geraduan IT dan sains komputer juga akan tertutup .

 

 

senarai di atas hanyalah sebagaian dari masalah dan punca-punca kegagalan geraduan IT dan Sains Komputer mendapatkan tempat dalam industri IT dan Sains komputer di malaysia . Adakah IT dan Sains Komputer perlu mengikut jejak langkah yang di ambil oleh pengamal “KEJURUTERAAN” Dan “KEDOKTORAN” dengan mengawal hanya  pengamal bertauliah sahaja yang boleh laksanakan  ? dan adakah bidang IT dan Sains Komputer cukup kritikal seperti dua Industri INI ?