TechSemut Malaysia

Apakah Penyusuan Eksklusif?

Apakah Penyusuan Eksklusif?

Apakah Penyusuan Eksklusif?
September 12
23:00 2017

Banyak kecelaruan kefahaman tentang apa yang dinamakan sebagai penyusuan eksklusif atau pun exclusive breastfeeding. Berdasarkan definisi WHO(World Health Organization), ianya bermaksud:

Pemberian sumber diet bayi yang hanya melibatkan dan menggunakan susu ibu tanpa sumber diet yang lain. Maksudnya tiada makanan atau minuman lain dicampur aduk sekali. HANYA SUSU IBU SAHAJA(air kosong pun tak).

Dalam konteks perubatan pula, ianya bermaksud untuk 6 bulan pertama kehidupan bayi tersebut, hanya beri susu ibu sahaja. Tiada benda lain. Itulah penyusuan eksklusif.

Sekiranya ibu masih menyusu bayi sehingga umur setahun, dua tahun ataupun hingga 10 tahun sekali pun TANPA memberikan anak sumber diet yang lain(kecuali susu ibu), itu dinamakan sebagai Extended Exclusive Breast Feeding ataupun EEBF.

Banyak kajian menunjukkan pengamalan EEBF adalah TIDAK OPTIMAL untuk perkembangan bayi kerana keperluan selepas umur 6 bulan meningkat berkali ganda berbanding pada 6 bulan pertama kehidupan bayi. Susu ibu sudah mula tidak mampu untuk menampung keperluan perkembangan si kecil.

Bukan tiada akan tetapi semakin tidak mencukupi. Boleh bayangkan analogi demand(keperluan) sudah melebihi supply(bekalan). Umpama nak pergi dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru isi minyak 5L sahaja. Kereta boleh bergerak tapi takkan sampai ke destinasi yang diharapkan. Pasti terkulai dipertengahan jalan.

Sebab yang samalah saranan WHO dan AAP(American Academy of Paediatrics) menyebut supaya bayi diberikan susu ibu secara eksklusif untuk 6 bulan pertama kehidupan. Selepas 6 bulan tersebut, nak sambung menyusu badan untuk berapa lama pun TIADA MASALAH tetapi perlu diberikan makanan tambahan bersesuaian dengan umur bayi(seperti semi-solids/solids) selepas bayi berumur 6 bulan untuk memastikan perkembangan yang optimal dan sebaiknya.

TIADA, diulangi, TIADA SEBARANG RUJUKAN DALAM DUNIA INI yang hanya menyarankan pemberian makanan kepada bayi seperti:

1) Hanya mula beri makan pada umur satu tahun.

2) Hanya beri makanan sekiranya berat badan pada umur tersebut kurang daripada sepatutnya. Contoh kalau pada umur 7 bulan patutnya berat 8kg tapi anak hanya 6kg, barulah beri makan. Kalau tak hanya menyusu sahaja atau tunggu pada umur satu tahu baru beri makanan seperti Nombor 1)

DIULANGI, TIADA SEBARANG kajian mahupun garispanduan yang menyatakan dua perkara tersebut. Ianya TIDAK WUJUD. Sebabnya ianya tidak berdasarkan apa-apa rujukan atau asas. Terutamanya dalam bidang pemakanan(dietetik).

Gambar hiasan. Tiada ada kena mengena sesiapa pun, tidak kira yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Harap maklum.

Sebab itulah amatlah tidak beretika untuk seseorang menyampaikan sesuatu yang begitu penting dalam memastikan keperluan perkembangan bayi untuk TIDAK MENGULANGKAJI perkara asas seperti nutrisi lengkap untuk bayi. Apetah lagi apabila menyebarkan nasihat dan saranan berdasarkan sesuatu yang TIDAK WUJUD.

Perkara-perkara itu akan mengelirukan masyarakat kerana individu-individu yang berpengaruh mampu memberi kesan yang amat besar sekiranya rakyat marhaen tidak mampu membezakan PENDAPAT(opinions) dengan FAKTA(facts). Semua orang ada pendapat. Ada orang suka pasukan bola Man U. Ada yang tak suka. Kalau tanya pemain mana yang terbaik sekali dalam sejarah pasukan tersebut, pelbagai pendapat akan dikeutarakan sebab ianya adalah subjektif dan berdasarkan pengalaman masing-masing. 10 ribu orang boleh ada 10 ribu pendapat yang berbeza.

Bila kita berbincang berkenaan fakta pula, ianya perlu berdasarkan bukti(evidence). Sebab kalau tiada bukti yang sahih ataupun kajian yang sistematik dalam menilai sesuatu, itu tiada beza dengan pendapat. Berdasarkan fakta ini jugalah yang digunapakai diseluruh dunia dan diperkenalkan sebagai guidelines atau garispanduan.

Garispanduan ini dihasilkan supaya ianya dapat melaraskan tindakan(approach) dan langkah(actions) diseluruh dunia. Bertujuan untuk melindungi bayi itu sendiri. Supaya nasihat ahli perubatan di Lagos, Nigeria tidak berlainan dengan seseorang di Johor Bahru, Malaysia walaupun ianya adalah kes yang sama dan serupa.

Benar bukan semua adalah sama rata(one size fits all) tapi pada ASASNYA(principles), pendekatan yang diambil perlulah BERASAS(mempunyai fakta menyokong) dalam menjalankannya. Bukan sekadar hanya syok sendiri mahupun ikut nafsu semata-mata.

Pelbagai masalah dapat dilihat sekiranya ibubapa terpesong dengan saranan dan nasihat yang tidak berdasarkan evidence based. Pelbagai masalah kesihatan dan perkembangan kanak-kanak dapat dilihat setiap hari. Yang merisaukan masalah-masalah tersebut TIDAK dapat dilihat atau dikesan oleh ibubapa dengan mata kasar mereka sendiri. Perlu penilaian daripada ahli perubatan bertauliah untuk ‘melihat’ sama ada benar atau tidak perkembangan anak mereka adalah optimal atau tidak. Mereka yang sekadar memberi nasihat umum dimedia sosial sudah pasti tidak dapat mengenalpasti pelbagai masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.

Diharap ibubapa diluar mengambil nasihat dan keputusan berdasarkan saranan yang tepat. Bukan hanya berpandukan pendapat-pendapat yang tidak berasas dan tidak mempunyai rujukan yang telus. Apetah lagi mengambil nasihat dan saranan daripada individu-individu yang mempunyai rekod/sejarah buruk mengambil kesempatan terhadap pesakit mereka sendiri hanya demi wang ringgit semata-mata.

Rujukan:

WHO. Effect of breastfeeding on infant and child mortality due to infectious diseases in less developed countries: a pooled analysis. WHO Collaborative Study Team on the Role of Breastfeeding on the Prevention of Infant Mortality. The Lancet. 2000; 355(9202):451-5

Arenz S, Rückerl R, Koletzko B, von Kries R. Breast-feeding and childhood obesity–a systematic review. International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders. 2004; 28(10):1247-56

Whitehead RG. For how long is exclusive breast-feeding adequate to satisfy the dietary energy needs of the average young baby? Pediatric Research. 1995; 37(2):239–43.

Optimal breastfeeding practices and infant and child mortality: a systematic review and meta-analysis. 2015.
Sankar M, Sinha B, Chowdhury R, Bhandari N, Taneja S, Martines J, Bahl R. Acta Paediatr. 2015 Dec;104(467):3-13. doi: 10.1111/apa.13147.

Liu L, Oza S, Hogan D, Perin J, Rudan I, Lawn JE, et al. Global, regional, and national causes of child mortality in 2000-13, with projections to inform post-2015 priorities: an updated systematic analysis. Lancet 2015; 385: 430–40.

Elizabeth J. O’Sullivan, Sheela R. Geraghty, Kathleen M. Rasmussen, Human milk expression as a sole or ancillary strategy for infant feeding: a qualitative study, Maternal & Child Nutrition, 2017, 13, 3, e12332

World Health Organization. The Optimal Duration of Exclusive Breastfeeding. Report of an Expert Consultation. Geneva, Switzerland: World Health Organization; 2001

WHO Global Data Bank on Infant and Young Child Feeding, September 2015,

Porta F., Mussa A., Baldassarre G., et al. Genealogy of breastfeeding. European Journal of Pediatrics. 2016;175(1):105–112. doi: 10.1007/s00431-015-2605-6

Williams L. A., Davies P. S., Boyd R., David M., Ware R. S. A systematic review of infant feeding experience and hospitalization in developed countries. Acta Paediatrica. 2014;103(2):131–138. doi: 10.1111/apa.12477

Bahl R., Frost C., Kirkwood B. R., et al. Infant feeding patterns and risks of death and hospitalization in the first half of infancy: multicentre cohort study. Bulletin of the World Health Organization. 2005;83(6):418–426

sumber : rootofscience.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com