TechSemut Malaysia

Apakah Supernovae & hypernova?

Apakah Supernovae & hypernova?

Apakah Supernovae & hypernova?
Januari 27
01:30 2017

1

Pendahuluan

Kecerahan bagi bintang tidak sama pada setiap masa. Adakalanya ia sangat cerah, dan adakalanya ia menjadi malap. Sesebuah bintang yang pada asalnya malap boleh menjadi terang secara tiba-tiba dan kemudian beransur malap semula sedikit demi sedikit dalam masa beberapa hari, minggu atau bulan. Perubahan daripada kecerahan yang malap kepada keerahan yang tinggi pula berlaku dalam masa yang singkat dan secara tiba-tiba pula. Itulah sebabnya ahli astronomi kadang kala memerhatikan “kelahiran” bintang yang baru secara tiba-tiba kerana wujudnya pancaran cahaya yang terang tadi. Sebenarnya, ia bukan kelahiran bintang yang baru, sebaliknya merupakan bintang yang lama, cuma kecerahannya sahaja yang berubah secara tiba-tiba.

Definisi dan jenis

Sebelum mengetahui apakah maknanya supernovae ataupun hypernovae, maka eloklah diketahui apakah makna di sebalik perkataan itu sendiri. Nova ertinya bintang (Plural : Novae). Perkataan nova bermaksud baru / new dalam latin. Supernova ertinya “super” nova. Hypernova pula ertinya super super, nova.

Sebelum memahami hypernova, maka lebih elok versi supernova di fahami terlebih dahulu. Supernova adalah sebuah letupan yang terhasil daripada bintang yang 1.39 kali lebih besar daripada matahari. Ia dikenali juga sebagai had Chandrasekhar. Sebelum proses letupan berlaku, peringkat sebelumnya di sebut juga sebagai leluhur ataupun progenitor. Apabila meletup ia dikenali pula sebagai supernovae. Apabila dihasilkan, supernovae akan memancarkan cahaya 10 bilion kali lebihtinggi berbanding  matahari. Ini bersamaan juga dengan jumlah tenaga matahari yang telah hidup selama 10 bilion tahun! Namun, fenomena supernovae adalah peristiwa yang jarang-jarang berlaku. Sejak beribu tahun, hanya 3 sahaja peristiwa supernovae telah berjaya diperhatikan dalam galaksi bima sakti.

Supernovae boleh di kategorikan kepada 2 kumpulan iaitu Supernova type i atau type ii. Kategori ini boleh ditentukan dengan 2 cara iaitu pertama kandungan hidrogen pada supernovae, keduanya oleh lenkungan garisan yang dihasilkan dalam graf.

Supernovae type I mempunyai kandungan hydrogen yang rendah, manakala supernovae type II mengandungi kandungan hydrogen yang tinggi. Manakala dari sudut graf (light curve), Supernovae type II akan mempunyai dataran yang lebih tinggi atau “plateau” berbanding type I selepas puncak maksimumnya.

Screen Shot 2016-03-05 at 12.10.38 PM

 Chaisson & MacMillan

Supernovae type I mempunyai beberapa jenis iaitu Type Ia, Type Ib dan Type Ic. Supernovae type I adalah sejenis supernovae yang berlaku pada sistem bintang binari. Bintang binari bermaksud 2 bintang yang mengorbit antara satu sama lain, di mana salah satunya adalah bintang kerdil putih / white dwarf. Supernovae type Ia mengandungi garis penyerapan (absorption line) silicon sebesar 615 nm yang kuat padanya.

Tanpa garisan penyerapan silicon, ia dikenali sebagai type 1b atau type 1c. Supernovae type 1b mengandungi garisan helium yang kuat setebal 587.6 nm dan supernovae type 1c pula mengandungi kandungan helium yang lemah atau tiada langsung helium. Bagi light curve supernovae type 1a, 1b dan 1c, kesemuanya mempunyai bentuk yang sama melainkan type 1a mempunyai puncak kecerahan yang lebih tinggi sedikit berbanding type 1b dan type 1c. Disebabkan light curve dalam supernovae type 1 adalah hampir sama sahaja, ahli astronomi tidak menggunakannya sebagai sebuah petunjuk untuk membezakan type 1a, 1b dan 1c. Sebaliknya mereka menggunakan garisan penyerapan untuk membezakannya.

Antara spesis supernovae type Ia ialah Supernovae 1604 atau dikenali juga sebagai Supernovae Kepler. Ia terletak di dalam galaksi bima sakti, di buruj Ophiucus dan berjarak 20,000 tahun perjalanan cahaya daripada bumi. Ia dinamakan Supernovae Kepler kerana telah ditemui oleh Johannes Kepler pada tahun 1604.

Manakala supernovae type II akan mempunyai ketebalan garis penyerapan yang lebih tebal berbanding supernovae type I. Namun terdapat juga Supernovae Type II yang mempunyai garisan penyerapan yang nipis. Bagi membezakan Supernovae ini berbanding supernovae Type I, ahli astronomi telah meletakkan alfabet n padanya ataupun Supernovae Type IIn dimana n bermaksud narrow.

Hypernova

Setelah memahami supernovae, maka apakah dia hypernovae? Hypernovae adalah versi ekstrim bagi supernovae. Hypernovae terjadi kepada bintang yang berjisim 30 kali ganda lebih berat daripada matahari. Kejadian Hypernovae sangat jarang berlaku. Saintis mendakwa kejadian hypernovae berlaku sekali sahaja dalam beberapa juta tahun. Ini menyebabkan kejadian hypernovae sangat sukar untuk diperhatikan oleh ahli astronomi.

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

sumber : http://www.sciencenazi.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com