Apex Legends Bakal Dilancarkan Ke Mudah Alih 2020

Nampaknya permainan percuma penembak kompetitif oleh Respawn, Apex Legends ke mudah alih bakal menjadi kenyataan. Menurut kenyataan oleh CEO EA, Andrew Wilson, Apex Legends bakal dilancarkan ke mudah alih pada penghujung tahun 2020.

Namun pelancaran tersebut bakal dibuat dalam beberapa tahap, dan pelancaran hujung tahun ini adalah di tahap awal dimana beberapa kandungan mungkin tidak dibawa seperti versi penuh di PC atau konsol.

Selain dari itu, permainan yang dibangunkan oleh Respawn ini diumum untuk tiba ke Steam dan Nintendo Switch pada tahun ini. Setakat ini tiada maklumat diumum mengenai fungsi rentas-platform bagi versi mudah alih.

Apex Legends adalah permainan battle royale oleh Respawn dan EA yang pernah dilancarkan secara mengejut (tanpa acahan atau pemasaran) pada tahun 2019. Permainan ini tersedia untuk platform PC, PS4 dan Xbox One.

Sumber: IGN.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*