Aplikasi Android Kini Boleh Digunakan Sambil Ia Sedang Dikemaskini

Kemaskini sesuatu aplikasi pasti mengganggu. Lebih-lebih lagi aplikasi pada peranti Android. Apabila aplikasi sedang dikemaskini, aplikasi yang sedang digunakan akan tertutup dengan sendiri dan buka semula. Kadang-kala ia hanya terus tertutup dan tidak akan dibuka semula.

Isu ini kini selesai. Ini kerana, API terbaru untuk aplikasi Android menawarkan fungsi kemaskini-dalam-aplikasi. Jadi, pengguna boleh menggunakan aplikasi itu sambil kemaskini sedang dimuat turun dan di pasang.

API ini diumumkan pada acara Android Developer Summit. Sebelum ini kami laporkan di mana Android kini menyokong peranti skrin boleh lipat secara rasmi dan dilihat Samsung adalah antara yang pertama yang menggunakan API ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.