Aplikasi baru McDonalds, McDelivery ini 24jam

Share Button

McDonalds memperluaskan khidmat penghantaran McDelivery dengan aplikasi baru di samping kerjasama dengan Foodpanda.

Jika sebelum ini, pengguna yang memesan McDelivery dalam aplikasi Foodpanda itu, anda kini boleh memesan sendiri melalui aplikasi terus.

Penghantaran kini dilakukan 24 jam di bandar-bandar besar tapi ia akan diperluaskan dengan sasaran 90% restoran McDonalds akan mempunyai khidmat McDelivery menjelang tahun 2025.

Selain itu, sebanyak 310 lokasi disasarkan menggunakan akses McDelivery menjelang akhir tahun ini.

Aplikasi baru McDonalds boleh dimuat turun melalui iOS dan Android melalui nama McDelivery.

Melati Abdul Hai, Ketua Pemasaran McDonalds Malaysia berkata McDelivery ditunaikan berikutan permintaan tinggi pengguna dan perubahan gaya hidup mereka.

“Disebabkan ramai pengguna terlalu sibuk dengan hidup masing-masing, ramai yang tidak sempat untuk keluar makan tapi tidak mengapa kerana kami akan bawakan makanan sendiri kepada mereka,” katanya.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.