Aplikasi Boost Membolehkan Anda Membuat Transaksi Nirtunai Di Bazar Ramadhan

Pada zaman yang semakin giat dengan perkembangan dalam arena teknologi kini, segala aktiviti harian terletak di hujung jari sahaja. Anda juga semestinya ingin menguruskan urusan harian anda secara pintar dan mudah serta ingin menggunakan telefon pintar anda secara produktif sepanjang Ramadhan ini.

Apabila disebut tentang bulan Ramadhan, ia amat sinonim dengan penjualan makanan di bazar-bazar dan seiring dengan sasaran kerajaan yang ingin rakyat membuat transaksi nirtunai, satu aplikasi dompet digital telah diperkenalkan yang dikenali sebagai Boost.

Sempena Ramdhan kali ini, Boost telahpun boleh digunakan di 10 lokasi bazar Ramadhan di Malaysia antaranya adalah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Bangsar, Kelana Jaya, Taman Tun Dr Ismail, Seksyen 13 di Shah Alam, di Taman Universiti di Johor Bahru dan banyak lagi. Pada setiap transaksi menggunakan dompet digital Boost ini, anda berpeluang untuk mendapatkan pulangan tunai “Shake Reward”.

Sempena bulan mulia ini juga Boost telah menawarkan beberapa promosi berbuka kepada semua. Antaranya anda boleh menikmati potongan harga sebanyak 50% yang dihadkan pada RM10 di restoran-restoran seperti Serai, Jibby&Co, Nando’s, MyBurgerLab, La Bodega, Sepiring, Pancake house, Sushi Q, The Chicken Rice Shop, Tealive, Dunkin Donuts, Dubuyo dan Delicious.

Boost juga menawarkan hadiah mingguan kepada semua dimana anda hanya perlu menyertai acara Fave O’Clock pada setiap Selasa sepanjang Ramadhan. Anda perlu membelanjakan wang serendah RM50 setiap minggu dengan aplikasi ini pada mana-mana Fave Deals, tambah nilai prabayar dan juga baucar Digital Shop di aplikasi Boost dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Dengan menyertai kempen ini, anda berpeluang untuk memenangi:

  • Selasa Minggu Pertama (15 Mei) – 50 tambah nilai prabayar bernilai RM100 setiap satu
  • Selasa Minggu ke-2 (22 Mei) – 50 Steam kredit tambah nilai berharga RM100 setiap satu
  • Selasa Minggu ke-3 (29 Mei) – 50 Tunai dalam dompet digital Boost
  • Selasa Minggu ke-4 (5 Jun) – 3 iPhone X

Akhir sekali, anda boleh berjimat ketika pulang beraya kerana PLUS Ayer Keroh R&R juga akan menawarkan pulangan tunai sebanyak RM3 dengan perbelanjaan minimum RM5 kepada semua. Jadi, kita dapat lihat disini, di mana dengan menggunakan aplikasi Boost ini, kita boleh mendapatkan banyak pulangan tunai dan boleh menggunakannya semula untuk membuat pelbagai transaksi sekaligus dapat mewujudkan satu komuniti nirtunai dengan hanya mengimbas kod QR melalui telefon pintar anda untuk membuat pembayaran.

Layari: Dompet Nirtunai Boost

Muat Turun: Aplikasi Boost Di App Store

Muat Turun: Aplikasi Boost Di Google Play Store

Penafian: Advertorial Dari Boost

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.