Setiap tahun berbilion gambar diambil dan ini memakan ruang storan pada peranti. Sebelum ini gambar diambil dan terus disimpan ke storan awanan. Dengan jumlahnya semakin meningkat, kami yakin ramai yang kini sudah hampir kehabisan storan di awanan juga sebelum perlu membayar storan tambahan.

Tidak semua gambar perlu disimpan tetapi berapa ramai di antara kita mempunyai masa untuk memadamnya secara satu persatu (terutamanya dari WhatsApp. Photo Culling ialah aplikasi dari Canon yang ingin memudahkan proses memadam gambar yang tidak diperlukan. Proses mengenalpasti gambar dilakukan oleh Photography Intelligence Learning (PHIL) yang merupakan sebuah kecerdasan buatan.

Terdapat dua ciri memadam dipaparkan. Whole Culling yang menganalisa gambar berdasarkan ketajaman, hingar, emosi dan mata yang tertutup. Similar Culing pula mencari dua gambar yang hampir serupa untuk disimpan dan memadam yang lain.

Canon Photo Culling boleh dimuat turun untuk peranti iOS sahaja dengan bayaran langganan bulanan $2.99 sebulan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.