Berita Menarik

Aplikasi CIMBClicks Untuk Android Diberikan Nafas Baru

Pembaca : 8
0 0

CIMB sebelum ini telah memperkenalkan kemaskini aplikasi untuk pengguna iPhone, dimana melaluinya ia menawarkan kemaskini besar termasuk sokongan pengimbas cap jari dan juga antaramuka yang serba baru. Terkini, hari ini kemaskini aplikasi yang sama turut hadir untuk pengguna Android.

Kini, CIMBClicks untuk Android turut menawarkan antaramuka yang baru dan kemas, termasuk integrasi beberapa ciri-ciri baru. Ia turut mengatakan menyokong pengimbas cap jari, tetapi percubaan kami tidak membuahkan sebarang hasil yang berjaya buat masa ini.

Aplikasi baru ini juga dilihat masih belum stabil sepenuhnya. Percubaan kami untuk log masuk juga kadang-kala memaparkan hasil tidak berjaya.

CIMBClicks iOS

Apa pun, melalui kemaskini baru ini, ia menyertakan antaramuka yang serba baru dengan rekaan moden, menyemak transaksi sehingga 90 hari lepas, membuat transaksi ke akaun lain dengan mudah, membayar bil, dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan akaun perbankan CIMB, mungkin boleh mencuba aplikasi baru CIMBClicks ini hari ini.

Muat-Turun CIMBClicks untuk Android

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.