Aplikasi Disney+ Kini Disokong Pada Televisyen Pintar LG Dan Samsung

Disney+ mula beroperasi secara rasmi di empat negara semalam. Pada hari pertama sambungan pengguna amat luar biasa sehingga terdapat laporan kandung sukar untuk diakses. Semasa perkhidmatan penstriman ini diumumkan, Disney berkata aplikasi akan disokong pada televisyen pintar. LG dan Samsung hari ini mengumumkan sokongan aplikasi Disney+ pada televisyen pintar keluaran mereka.

Hampir 900 model TV pintar LG yang menggunakan webOS serta dikeluarkan sejak 2016 akan menerima aplikasi ini. Bagi televisyen pintar Samsung pula, kesemua model televisyen pintar sejak 2016 pula disokong. Buat masa ini aplikasi hanya boleh dimuat turun pengguna di Amerika Syarikat, Kanada dan Belanda.

Bagi pengguna di Malaysia yang meranang untuk menstrim kandungan Disney+ apabila ia dilancarkan untuk pasaran tempatan kelak, pastikan anda mempunyai televisyen pintar yang disokong sebagai persediaan.

Sumber LG dan Samsung

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.