Aplikasi Dompet Digital Boost Tergendala (Dikemaskini)

Kemaskini : Boost kini kembali beroperasi seperti biasa.


Boost merupakan salah satu aplikasi dompet digital yang digunakan ramai, dimana ia menawarkan ganjaran ketika menggunakannya, selain diterima dikebanyakkan lokasi seluruh negara.

Boost Tergendala

Apa pun, hari ini, aplikasi berkenaan dilihat menghadapi masalah. Pihak Boost melalui laman sosial mereka mengatakan aplikasi Boost tergendala buat sementara waktu untuk sebarang aktiviti berkaitan transaksi.

Boost mengatakan mereka sedang dalam proses mengatasi masalah berkenaan, dan akan memaklumkan pengguna sebaik sahaja ia diatasi.

Bagi anda yang menggunakan Boost, mungkin boleh mencuba beberapa aplikasi dompet digital lain untuk sementara waktu ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.