Facebook Messenger Lite dilancarkan Oktober tahun lalu untuk digunakan di negara-negara dengan capaian internet yang perlahan. Messenger Lite ini bersaiz di bawah 10MB, membolehkan ia dipasang dan dibuka dengan pantas walaupun menggunakan telefon berspesifikasi rendah. Ia menawarkan fungsi asas termasuk antaranya menghantar teks, menghantar dan menerima gambar, pautan, serta sticker.

Facebook Messenger Lite

Malaysia ialah antara negara terawal yang menerimanya. Aplikasi pemesejan ini kini diperluaskan ke 150 negara lagi seperti Jerman, Colombia, Itali, Vietnan, Algeria, Nigeria, Jepun dan Peru. Bagi mereka yang ingin menjimatkan penggunaan ruang pada peranti, ini ialah alternatif untuk anda.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.