Aplikasi Google Inbox Kini Menyokong Apple iPhone X

Inbox adalah aplikasi pengurusan emel alternatif selain GMail. Ia mempunyai antaramuka yang ringkas dan mudah difahami pengguna. Fokus Inbox juga adalah untuk banyak memperingatkan pengguna jika terlepas sesuatu emel penting. Aplikasi Inbox ini akhirnya – dikemaskini oleh Google untuk iPhone X.

Sejak iPhone X dilancarkan, aplikasi Inbox ini tidak disokong sepenuhnya kerana paparan bertakuk dan Super Retina. Setelah sekian lama, pengguna kini boleh muat turun kemaskini ini dalam App Store dengan saiz 144MB.

Muat Turun: Inbox by GMail di Apple App Store

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.