Aplikasi Grab Akan Berhenti Berfungsi Pada iPhone 4S Selepas 18 Jun

Aplikasi Grab membolehkan pengguna menyeru kenderaan seru-pandu, memesan makanan dan melakukan pembayar nirtunai. Tetapi bagi mereka yang menggunakan iPhone 4S dan ke bawah, peranti anda tidak akan lagi disokong oleh Grab selepas 18 Jun.

Notifikasi mengenai penamatan sokongan ini diumumkan di dalam log perubahan Grab versi 5.47.0 di App Store. Penamatan sokongan mungkin dilakukan kerana peranti ini sudah berusia hampir lapan tahun dan hanya menyokong iOS 9.3.5 yang diberikan tiga tahun lalu.Kepada pengguna Android pula, aplikasi Grab disokong pada peranti yang menggunakan sekurang-kurangnya sistem operasi 4.0.3 Ice Cream Sandwich.

Jadi kepada pembaca Amanz yang masih menggunakan iPhone 4S. tiba masanya untuk menggunakan peranti iOS lebih terkini jika masih ingin menggunakan aplikasi Grab.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.