Perbankan atas talian adalah mudah, pantas dan selamat. Sejak ia diperkenalkan, kami tidak lagi perlu ke kedai fizikal untuk melakukan pembayaran bil. Hanya dengan beberapa klik bil bulanan dibayar terus di depan komputer. Aplikasi perbankan pada peranti pintar memberikan perkhidmatan yang sama dan dengan pelbagai kerentanan yang dilaporkan. Keselamatan data adalah amat penting.

Oleh sebab itu Maybank hari mengumumkan aplikasi Maybank2U mereka akan menggunakan polisi keselamatan baru. Peranti yang telah di Root dan Jailbreak tidak lagi boleh menggunakan aplikasi ini bermula dari 4 Mac. Ini adalah kerana menurut mereka peranti yang telah diubahsuai ini mendedahkan pengguna kepada serangan luar. Amaran akan muncul pada skrin apabila ia mengesan peranti telah di Root dan Jailbreak. Bagi pelanggan MayBank anda mempunyai masa dua hari untuk mengembalikan peranti kepada keadaan asal.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.