Aplikasi Microsoft Calculator Yang Diolah Kini Ditawarkan Pada Android Dan iOS

Microsoft pada sebelum ini telah menawarkan sumber aplikasi Calculator secara terbuka bagi membolehkan para pembangun mengolah aplikasi ini. Kini beberapa hasilannya telah diolah, bagi membolehkan pengguna menjalankan aplikasi ini pada platform berbeza.

Aplikasi ini diolah oleh pembangun di Uno Platform yang mana mereka menggunakan sejumlah sumber Microsoft Calculator ini melalui laman GitHub. Walaupun ia ditawarkan secara terbuka, pihak Uno Platform perlu melalui sejumlah cabaran, terutama ketika mengolah kod C++ lama kepada kod bahasa yang lebih moden. Hasilnya, mereka hadir dengan Uno Calculator yang lebih dioptimasikan untuk penggunaan mudah-alih.

Seperti yang terdapat pada Windows 10, aplikasi Microsoft Calcalator membawakan rekaan yang ringkas dan moden, melalui penyertaan Fluent Design pada antaramukanya. Ia membolehkan pengguna menjalankan sejumlah tugasan kira-kira, termasuk perkiraan saintifik dan pengatucaraan yang lebih kompleks.

Bagi pengguna yang ingin mencubanya, mereka telah menawarkan tiga variasi untuknya iaitu pada Android, iOS, dan versi web yang dikhaskan untuk Microsoft Edge. Anda juga boleh melihat beberapa pengubahsuaian aplikasi ini melalui halaman GitHub yang disediakan oleh Uni Platform.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.