Aplikasi ‘Migrate’ Dilancarkan – Memudahkan Pemindahan Fail Antara Custom ROM

Custom ROM adalah sistem operasi yang dibangunkan dari sumber kod android atau juga ubahsuai dari sesuatu sistem operasi Android. Ia popular di kalangan pengguna OnePlus, Pixel, Nexus, Xiaomi atau peranti-peranti yang kemaskininya sudah dihentikan oleh pihak pengeluar.

Memudahkan pengguna yang gemar menggunakan custom ROM – aplikasi Migrate dilancarkan. Ia memudahkan pengguna memindahkan fail antara custom ROM ke custom ROM yang lain. Berikut adalah antara ciri dan fungsi aplikasi ini;

  • Membuat sandaran aplikasi, kenalan, log panggilan, mesej-mesej, DPI, dan pilihan papan kekunci.
  • Membuat pemulihan daripada fail sandaran TWRP yang melecehkan.
  • Melengkapkan pemulihan aplikasi yang disandar daripada fail TWRP yang disuntik sebaik dan akan diproses ketika tetapan ROM sedang dilakukan.

Jika sebelum ini pengguna perlu menggunakan aplikasi Titanium Backup yang perlu dibayar dan atau memulihkan melalui fail TWRP yang kebiasaannya gagal, bermasalah atau leceh – aplikasi Migrate akan memudahkan. Menarik sekali, aplikasi Migrate ini adalah percuma.

Jadi, pengguna Nexus 5X dan Nexus 6P – kemaskini baru sahaja ditamatkan. Mungkin anda boleh gunakan custom ROM dan membuat sandaran dan pemindahan data dengan mudah.

Muat Turun: Migrate Untuk Pemindahan Fail Antara Custom ROM Di Play Store

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.