Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan bermula esok, sehari lebih awal dari yang diumumkan sebelum ini selepas bekalan pertama vaksin Pfizer-BioNTech tiba pada hujung minggu lalu. Bagi pengguna MySejahtera, aplikasinya telah dikemaskini hari dengan modul terbaru untuk mendaftarkan minat menerima vaksin.

Pada muka utama aplikasi kini terdapat pilihan Vaksinasi Covid-19. Apabila di tekan, pengguna boleh mengemaskini maklumat peribadi dan menjawab beberapa soalan mengenai minat untuk mendapatkan vaksin kelak. Soalan lain yang ditanya ialah sama ada anda mempunyai sejarah penyakit, pernah berdaftar sebagai OKU dan juga lokasi tempat tinggal. Aplikasi akan menghubungi pengguna apabila fasa vaksinasi untuk orang awam dibuka bermula April 2021.

Kemas kini aplikasi MySejahtera anda hari ini menerusi Google Play Store, Apple Apple Store dan Huawei App Gallery untuk menggunakan ciri yang kami sebutkan di atas.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.