Aplikasi Neck Check Oleh Digi Memastikan Postur Anak-Anak Terjaga Ketika Menggunakan Peranti Pintar

Ketagihan menggunakan peranti pintar bukan sahaja dapat mendatangkan kesan negatif kepada mental malah juga pada fizikal pengguna. “Leher peranti pintar” ialah terma yang diberikan kepada masalah leher yang sakit kerana terlalu lama tunduk ke bawah untuk menggunakan peranti. Bagi mengelakkan masalah ini berlaku kepada anak-anak, aplikasi Neck Check telah dibangunkan oleh Digi.

Aplikasi ini akan memastikan peranti pintar yang digunakan adalah sentiasa pada kedudukan menegak. Ini sekaligus memastikan postur tubuh tidak akan menunduk ke bawah sepanjang penggunaan peranti. Sekiranya ia mengesan perubahan pada sudut penggunaan peranti, ke seluruh paparan skrin akan dihalang dengan grafik yang menyuruh pengguna untuk kembali ke kedudukan menegak. Bagi mengelakkan anak-anak menyahaktifkan Neck Check, kod empat angka perlu dimasukkan terlebih dahulu. Buat masa ini Neck Check hanya ditawarkan untuk peranti Android.

Muat turun aplikasi Neck Check dari Google Play

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.