Aplikasi HeyMelody oleh Oppo perlu dimuat turun bagi membolehkan pelbagai ciri tambahan aksesori audio mereka diubah oleh pengguna. Ini adalah rungutan awal pembeli aksesori TWS Oppo yang tidak menggunakannya pada peranti keluaran mereka.

Aplikasi Android telahpun ditawarkan pada penghujung 2020. Di dalam sesi khas bersama media sebentar tadi, wakil Oppo kini mengesahkan pula HeyMelody akan ditawarkan untuk peranti iOS menjelang Jun 2021. Dengan ini pengguna iPhone akhirnya boleh mengubah tetapan seperti ANC, gestur dan banyak terus menerusi aplikasi.

Tetapi yang lebih penting sekali ia turut membolehkan perisian fon telinga dikemaskini untuk penambahan ciri dan menyelesaikan isu yang mungkin timbul.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.