Aplikasi Pantulan Cahaya pada Pingat Olimpik Jepun 2020

Shahrul Kadri Ayop
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Reka bentuk pingat sukan Olimpik 2020 telah pun diumumkan pada 24 Julai 2019. Pingat kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila menggunakan 100% sumber logam daripada perkasasan elektronik terpakai seperti telefon bimbit dan komputer.

Bacaan Lanjut: https://www.majalahsains.com/pingat-olimpik-jepun-2020-diperbuat-daripada-bahan-terpakai-perkakasan-elektronik/

Bahagian depannya terukir dewi kejayaan Yunani iaitu Nike yang berdiri di hadapan Stadium Panathinaikos, mengikut tradisi reka bentuk pingat-pingat terdahulu. Keunikan reka bentuk pingat edisi 2020 ini adalah pada struktur seperti cincin di permukaan belakangnya dengan logo olimpik di tengahnya.

RAJAH A

Rekaan cincin dengan berbilang permukaan pemantul ini membolehkan ia kelihatan bersinar pada mana-mana arah. Bagaimanakah kesan ini boleh berlaku?

Pantulan adalah salah satu fenomena optik yang menyebabkan cahaya berubah arah. RAJAH A menunjukkan cahaya yang menuju pada satu permukaan pemantul (diwakili oleh Sinar tuju) memantul pada medium yang sama (diwakili oleh Sinar pantulan). Bayangkan satu garis maya pada sudut tegak dari permukaan pemantul yang dikenal sebagai normal sebagai panduan memahami fenomena ini. Sudut dari normal dengan sinar tuju dan sinar pantulan adalah masing-masing dinamakan sudut tuju dan sudut pantulan. Hukum Pantulan menyatakan bahawa kedua-dua sudut ini mestilah sama.

Oleh itu, cahaya dari satu sumber akan memantul pada arah yang sama seperti ditunjukkan oleh RAJAH B. Untuk melihat cahaya ini, mata hendaklah berada pada sudut yang betul.

RAJAH B

Jika terdapat permukaan yang sedikit sendeng, cahaya dari satu sumber yang sama akan memantul pada perbagai arah seperti RAJAH C. Jika terdapat pelbagai sumber, maka pingat tersebut akan kelihat berkilauan bak permata yang mempunyai permukaan berbilang.

RAJAH C

Pingat tersebut direka bentuk oleh Junischi Kawanishi, seorang pereka bentuk yang terpilih dalam pertandingan terbuka reka bentuk pingat olimpik dan paralimpik 2020. Lebih 400 reka bentuk diterima dari pelajar dan pereka profesional.

Sumber:
https://www3.nhk.or.jp/news/easy/k10012006671000/k10012006671000.html
https://www.olympic.org/tokyo-2020-medals

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.