Perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Uber dan Grab kini perlu menyertakan butang kecemasan untuk kegunaan pengguna. Ini ialah arahan baru yang dikeluarkan oleh CEO SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah, ,hari ini bagi menangani beberapa insiden jenayah yang melibatkan pemandu perkhidmatan perkongsian kenderaan di Malaysia.

Uber Selfie

Selain butang kecemasan, pengelola perkhidmatan perlu menapis pemandu mereka lebih teliti termasuk melakukan ujian kesihatan mental. Mereka kemudian perlu berkongsi senarai pemandu mereka dengan SPAD bagi membolehkan saringan kedua dilakukan oleh pihak yang berwajib. Walaubagaimanapun pihak SPAD tidak memberikan tarikh bilakah arahan-arahan ini perlu dipatuhi oleh penyedia perkhidmatan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.