TechSemut Malaysia

Aplikasi Stadium Astro VR Membolehkan Pengguna Menonton Perlawanan Piala Dunia Secara Realiti Maya

Aplikasi Stadium Astro VR Membolehkan Pengguna Menonton Perlawanan Piala Dunia Secara Realiti Maya

Aplikasi Stadium Astro VR Membolehkan Pengguna Menonton Perlawanan Piala Dunia Secara Realiti Maya
Jun 12
11:01 2018

Piala Dunia 2018 akan berlangsung di Rusia tahun ini. Setiap kali tibanya temanya empat tahun sekali ini, pelbagai gimik digunakan bagi menarik minat penonton seperti sudut pandangan kamera berbeza atau mengikuti pemain tertentu. Astro telah melancarkan aplikasi Stadium Astro VR yang membolehkan pengguna menonton perlawanan Piala Dunia secara realiti maya.

Perlawanan secara realiti maya ini memberikan pandangan 360 darjah seakan-akan penonton berada di stadium. Ia menyokong hampir kesemua peranti dan paling sesuai ditonton menggunakan peranti realiti maya seperti Google Cardboard. Terdapat juga sokongan peranti realiti maya pihak ketiga lain seperti Xiaomi VR Toy Edition. Aplikasi Stadium Astro VR disokong peranti Android dan iOS sahaja buat masa ini.

Bagi mereka yang tidak mempunyai peranti realiti maya. Anda masih boleh menonton secara 360 darjah tetapi tanpa kesan khas tiga dimensi. Tontonan menggunakan aplikasi ini memerlukan langganan pakej sukan atau Piala Dunia Astro.

Muat turun aplikasi Stadium Astro VR menerusi Play Store

Muat turun aplikasi Stadium Astro VR menerusi App Store

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com