Apple AirPods Pro Baharu Mustahil Untuk Dibaiki Menurut iFixit

Sekiranya peranti mempunyai masalah, pengguna ingin diberikan pilihan membaikinya terlebih dahulu kerana biasanya kos ini lebih rendah berbanding membeli peranti baharu. Tetapi jika anda membeli AirPods Pro, anda perlu bersedia untuk membeli fon telinga gantian kerana menurut iFixit, ia langsung tidak boleh dibaiki.

Apple AirPods ProAirPods Pro diberikan markah sifar untuk kemampuan dibaiki menurut mereka sama seperti AirPods asal. Antara sebabnya adalah kebanyakan komponen dipasang menggunakan gam yang menukarkannya dari dibuka tanpa mendatangkan sebarang kerosakan. Bateri misalnya disadur terus kepada litar membuatkannya sukar untuk digantikan. Menarik sekali iFixit mendapati bateri yang digunakan mempunyai kapasiti yang lebih besar berbanding AirPods asal tetapi lebih kecil berbanding Galaxy Buds,

Dengan fon telinga yang sukar untuk dibaiki, tidak mengejutkan Apple memperkenalkan pakej AppelCare+ khusus untuk peralatan audio mereka bulan September lalu. Jika pelanggan mengambil pakej ini, mereka hanya perlu membayar $29 untuk mendapatkan AirPods Pro gantian berbanding $89 tanpanya. AppleCare+ untuk peralatan audio tidak ditawarkan di Malaysia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.