Apple Berkongsi Aplikasi Dan Permainan Terbaik Untuk 2019

Apple hari ini telah mengumumkan senarai aplikasi dan permainan terbaik yang telah diterbitkan pada platform mereka pada 2019 ini. Seperti ramai sedia maklum, aplikasi dan permainan kini memainkan peranan penting dalam penawaran sesuatu sistem operasi atau platform, dan semestinya penyenaraian aplikasi ini oleh Apple akan menguntungkan para penerbit aplikasi, selain memberikan mereka lebih motivasi untuk menerbitkan aplikasi berkualiti pada tahun-tahun akan datang.

Apple turut mengatakan pada 2019 ini, mereka melihat kepada populariti aplikasi-aplikasi berbentuk penerbitan kandungan = seperti Anchor, Canva, Unfold, Wattpad dan sebagainya. Dalam arena permainan pula, Apple mengatakan pelbagai permainan popular daripada penerbit-penerbit terkemuka diterbitkan kembali untuk platform mudah-alih.

Berikut merupakan senarai aplikasi terbaik menurut Apple untuk tahun 2019 ini:
Aplikasi iPhone Terbaik : Spectre Camera
Aplikasi iPad Terbaik : Flow by Moleskine
Aplikasi Mac Terbaik : Affinity Publisher
Aplikasi Apple TV Terbaik : The Explorers

Permainan iPhone Terbaik : Sky : Children of the Light
Permainan iPad Terbaik : Hyper Light Drifter
Permainan Mac Terbaik : GRIS
Permainan Apple TV Terbaik : Wonder Boy : The Dragon’s Trap
Permainan Apple Arcade Terbaik : Sayonara Wild Hearts

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.