Jun yang lalu kami paparkan berita Apple Store yang sedang dibina di Chicago. Keunikan Apple Store ini ialah ia mempunyai bumbung yang kelihatan seperti penutup sebuah MacBook.

Apple Michigan Avenue ialah nama yang diberikan kepada bangunan ini dan rekaan dalamnya telah dikongsi oleh Apple. Ia akan dibuka esok dan mempunyai keluasan lantai 20,000 kaki persegi.

Seperti Steve Jobs Theatre, ia mempunyai dinding yang diperbuat sepenuhnya daripada kaca. Ini tidak mengejutkan kerana kedua-dua bangunan direka oleh firma Fosters and Partners.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.