Apple CarKey Akan Membolehkan Kereta Dinyahkunci Menggunakan iPhone Dan Apple Watch

Semakin banyak kenderaan di pasaran yang menggunakan sistem fon kunci moden. Menerusi sistem ini kenderaan dapat dinyahkunci dan dihidupkan tanpa menggunakan kunci fizikal. Apple baru sahaja menawarkan iOS 13.4 Beta dan antara fungsi baharu yang ditemui ialah Apple CarKey,

Menerusi CarKey, kenderaan boleh dinyahkunci menggunakan sebuah iPhone atau Apple Watch. Selain itu kenderaan juga boleh dihidupkan tanpa sebarang kunci fizikal ataupun aplikasi tambahan. Ini turut membuka fungsi pemilik berkongsi kenderaan dengan pengguna lain sekiranya perlu menerusi aplikasi Wallet yang terbina.

Sokongan secara terbina ini amat menarik kerana ia telahpun digunakan pada perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti GoCar di Malaysia dan kereta keluaran Volvo sejak 2016 lagi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*