Apabila bercakap mengenai kerjasama diantara syarikat-syarikat teknologi Apple dan juga Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC), ia sedia maklum bahawa TSMC adalah pembangun sulung cip-cip pemprosesan yang digunakan didalam peranti-peranti iPhone, iPad dan Apple Watch.

Terkini, kerjasama tersebut nampaknya akan dilanjutkan kepada pembangunan teknologi paparan Micro OLED yang akan berkemungkinan akan digunakan oleh Apple didalam projek-projek akan datang mereka, khususnya dalam peranti realiti terimbuh yang nampaknya akan tiba tidak lama lagi.

Kerjasama dengan TSMC untuk membangunkan paparan Micro OLED ini adalah kerana ia berbeza dengan paparan-paparan lain yang dibangunkan menggunakan substrat gelas seperti paparan LCD ataupun LED.

Paparan Micro OLED dibina menggunakan silikon, bahan sama yang digunakan dalam cip-cip pemprosesan. Ini membolehkan paparan tersebut hadir dengan saiz yang jauh lebih kecil dan nipis berbanding apa yang ditawarkan di pasaran sekarang.

Malah, saiz paparan yang sedang dibangunkan oleh kedua-dua syarikat ini hanya sekecil 1 inci sahaja, dan menurut laporan Nikkei Asia, akan mengambil masa beberapa tahun sebelum ia boleh digunakan secara besar-besaran.

Selain daripada itu, Apple dan TSMC juga sedang membangunkan paparan Micro LED, kemungkinan untuk paparan buat peranti MacBook Apple tidak lama lagi. Sama seperti Micro OLED, komponen-komponen yang digunakan adalah sekitar 100 kali lebih kecil berbanding dengan apa yang digunakan di pasaran sekarang.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.