Apple Diarahkan Membayar RM3.4 Bilion Kepada Caltech Kerana Melanggar Paten Teknologi WiFi

Empat tahun yang lalu Caltech mengheret Apple dan Broadcom kerana didakwa melanggar paten teknologi WiFI milik mereka tanpa kebenaran. Cip yang digunakan adalah untuk rangkaian WiFi 802.11n dan 801.11ac yang kini disokong pada pelbagai peranti yang dijual. Selepas empat tahun pihak juri persekutuan mengarahkan Apple dan Broadcom membayar ganti rugi sebanyak $1.1 bilion (~RM 4.5 bilion) kepada Caltech.

Apple perlu membayar $837 juta (~RM 3.4 bilion) manakala Broadcom pula perlu membayar $270 juta (~RM 1.1 bilion). Nilai ini dikira berdasarkan setiap peranti yang menggunakan paten Wifi Caltech sejak 2010. Pihak pembelaan merasakan Apple tidak seharusnya membayar ganti rugi kerana sekadar membeli cip dari Broadcom. Tetapi mahkamah merasakan yuran pelesenan teknologi masih perlu dibayar oleh Apple. Pihak Apple kini akan mengemukakan rayuan ke atas keputusan mahkamah.

Sumber Law360 menerusi The Verge

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*