Apple Dijangka Memperkenalkan iPhone SE2 Dengan Cip A13 Pada Awal 2020

Desas-desus berkenaan dengan iPhone SE2 telah pun kedengaran sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Terbaru, kini penganalisa popular Ming-Chi Kuo menyasarkan iphone SE2 diperkenalkan pada awal 2020 kelak.

iPhone SE2 ini dijangka hadir dengan skrin 4.7-inci, dan dijangka menggunakan rekaan seumpama iPhone 8 sebelum ini. Menariknya, telefon pintar ini turut dijangka dilengkapi dengan cip Apple A13 terbaru yang digunakan pada iPhone 11.

Dengan rekaan seumpama iPhone 8, iPhone SE2 ini dijangka akan mengekalkan penawaran kamera yang sedikit rendah berbanding iPhone 11, selain turut mungkin mengekalkan butang “Home” dihadapan.

Sekiranya benar, maka iPhone SE2 ini akan diposisikan untuk pasaran lebih meluas – sekaligus membolehkan lebih ramai mendapatkan peranti Apple pada harga sedikit rendah berbanding iPhone 11 yang mencapai lebih RM3k pada hari ini.

Ia disasarkan iPhone SE2 dilancarkan oleh Apple pada awal 2020 kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.