Berita Menarik

Apple Dikatakan Akan Menyertai Amazon, Google, Facebook Dalam Kumpulan Kajian Kecerdasan Buatan

Pembaca : 13
0 0

AIPada bulan September lepas, beberapa syarikat gergasi teknologi telah mengumumkan kerjasama dalam arena kecerdasan buatan melalui kumpulan yang dipanggil sebagai “Partnership on AI“. Melaluinya mereka merancang untuk membuat kajian, mencadangkan kaedah yang baik, serta menerbitkan kajian dalam bentuk lesen terbuka.

Kini, mengikut laporan baru, Apple dikatakan akan menyertai kumpulan kerjasama berkenaan, yang mana turut sedia disertai oleh Amazon, Google, Facebook, IBM dan juga Microsoft.

Apple sebelum ini telah menyertai arena kecerdasan buatan sejak 2011 lepas, melalui pembantu maya Siri mereka. Walaupun mereka antara yang terawal menyertainya, tetapi kini mereka dilihat sedikit ketinggalaln berbanding pesaing seperti Google dan Amazon. Salah satu sebabnya adalah kerana pengkaji dalam arena kecerdasan buatan sering menerbitkan hasil kajian mereka – perkara yang sedikit bertentangan dengan kaedah kerja Apple yang jarang berkongsi perkembangan mereka, dan banyak berahsia.

Walaubagaimanapun, perkara berkenaan telah berubah sejak penghujung tahun lepas, malah telah turut menerbitkan kertas kajian mereka yang pertama dalam arena kecerdasan buatan.

Menyertai kumpulan kajian kecerdasan buatan ini juga secara tidak langsung memperlihatkan Apple kini beroperasi dengan lebih terbuka.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.