Apple Dilaporkan Bakal Menamatkan Operasi iTunes

Pada 9 Januari 2001, iTunes telah dilancarkan dan ia adalah antara perisian yang paling penting pernah dihasilkan. Menerusi iTunes, industri muzik akhirnya menyedari terdapat pasaran untuk menjual muzik secara digital kerana ia memudahkan pengguna mendapatkannya secara sah. Pada waktu tersebut penyebaran MP3 secara haram hampir melumpuhkan industri muzik. Menurut laporan Bloomberg, pada minggu hadapan ketika acara WWDC Apple akan akhirnya menghentikan operasi iTunes.

Penghentian operasi ini selaras dengan strategi Apple yang telah menghasilkan aplikasi berbeza untuk mendengar muzik, podcast dan melakukan kemas kini. Pada suatu ketika iTunes diperlukan bagi melakukan sandaran dan pemindahan data untuk iPod dan iPhone. Pengguna Mac akan menggunakan aplikasi Apple Music, Podcast  dan TV sebagai ganti iTunes selepas ini.

Langkah yang akan diambil ini sudah lama diramalkan memandangkan iTunes dilihat sebagai perisian yang sudah ketinggalan zaman dengan antaramuka yang tidak mesra pengguna.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.