Apple Dilaporkan Memulakan Semula Pembangunan AirPower

Pengecas nirwayar AirPower dibatalkan secara rasmi oleh Apple pada bulan Mac tahun lalu. Ia adalah produk pertama yang dibatalkan selepas diumumkan hampir tiga tahun yang lalu. Kini kedengaran laporan baharu projek AirPower sedang dimulakan semula oleh Apple.

Ura-ura datang dari John Prosser yang sebelum ini terkenal dengan kemampuan meniriskan produk-produk Google. Menurut beliau Apple sedang cuba mereka semula pada sistem gegelung pengecas yang memberikan masalah pemanasan melampau pada AirPower asal. Penghasilan prototaip pula sedang dijalankan.

Berbeza dengan pengecas nirwayar Qi di pasaran, AirPower membenarkan sehingga tiga peranti dicas serentak tanpa peranti diletakkan pada kawasan pengecas tersendiri.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*