Berita Menarik

Apple Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran iPhone 8 Sehingga Separuh Kerana Jualan Yang Rendah

Pembaca : 7
0 0

Selamat hari iPhone 8 di Malaysia kepada peminat Apple. Hari ini iPhone 8 dan 8 Plus secara rasmi memasuki pasaran Malaysia. Setakat ini di beberapa laporan mengatakan sambutan terhadap iPhone 8 adalah lebih rendang berbanding iPhone 7. Pengguna dilihat menantikan pelancaran iPhone X dan akibatnya jualan iPhone 8 terjejas.

iPhone 8

Menurut laporan Reuters, jualan iPhone 8 yang lemah ini mendorong Apple untuk mengurangkan pengeluarannya sehingga separuh. Reuter memetik laporan media Taiwan yang mengatakan pesanan untuk iPhone 8 dipotong 50% untuk bulan November. Ini menyebabkan saham Apple turun sebanyak 3%.

Pengguna mungkin lebih mendambakan iPhone X namun Apple dikatakan mengalami kesukaran menghasilkannya dengan pantas. Komponen kaca skrin dan Face ID perlahan untuk dihasilkan dan ini menjejaskan pengeluaran peranti. Adakah anda berminat untuk memiliki iPhone 8 hari ini atau turut tergolong di dalam kumpulan yang menyimpan untuk iPhone X?

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.