Apple Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran iPhone Sekitar 10%

Sebelum ini, kita telah melihat Apple mengurangkan ramalan pendapatan untuk suku pertama 2019 ini, dan kini laporan daripada Nikkei hadir mengatakan Apple mengurangkan pengeluaran iPhone baru sehingga sekitar 10%.

Pengeluaran iPhone baru ini turut meliputi iPhone XS Max, iPhone XS dan juga iPhone XR. Ia dikatakan yang mana Apple meminta pengeluar mengurangkan sedikit pengeluaran berbanding sasaran awal untuk Januari sehingga Mac.

Laporan lebih kurang sama seperti ini telah hadir pada penghujung tahun lepas, namun, ketika itu Tim Cook dipetik mengatakan ia tidak tepat, dan iPhone XR adalah antara iPhone yang paling popular dari segi jualannya ketika itu.

Bagi anda sendiri, sekiranya pengurangan pengeluaran ini adalah benar, adakah faktor harga membuatkan ramai sukar beralih ke iPhone generasi baru ini, ataupun adakah sokongan perisian yang lama dan kualiti yang baik membolehkan pengguna menggunakan iPhone mereka untuk tempoh lebih lama tanpa perlu naik-taraf?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.