Apple Dilaporkan Telah Memindahkan Sebahagian Pengilangan AirPods Pro Dari China Ke Vietnam

Perang perdagangan diantara kerajaan Amerika Syarikat dan China nampaknya telah memperlihatkan kesukaran untuk syarikat-syarikat didalam kedua-dua negara ini untuk bekerjasama diantara satu sama lain.

Syarikat tersebut mengilangkan sebahagian besar daripada peranti-peranti mereka di China, tetapi akibat pelbagai sekatan dan kenaikan tarif diantara kedua-dua negara ini, Apple nampaknya terpaksa mengambil langkah drastik.

Apple baru-baru ini dilaporkan telah mengalihkan sebahagian daripada pengilangan aksesori fon telinga AirPods Pro mereka daripada China kepada Vietnam dalam masa terdekat ini.

Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana terdapat laporan lain yang mengatakan bahawa Apple akan menggunakan kilang di Vietnam untuk mengilangkan fon telinga ataupun kepala baru yang belum diumumkan lagi.

Dalam pada itu, Apple juga telah mengumumkan kepada pemegang saham mereka pada bulan Februari bahawa meneruskan pengilangan di China akan menyebabkan keuntungan mereka berkurangan akibat tarif yang diperkenalkan keatasnya.

Apple juga masih belum mengesahkan apa peratusan AirPods Pro akan dikilangkan di luar China, dan jika mereka akan memindah kilang pembuatan lain-lain keluar dari negara tersebut.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*